Thursday, July 22, 2010

PAS DAN UMNO TIDAK PERLU BERSATU KERANA PARTI PAS ADALAH PARTI ALTERNATIF KEPADA UMNO BAGI ORANG-ORANG MELAYU


Mohd Rashidi Hassan   

UCAPAN dasar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-55 di Kelantan lebih memfokuskan kepada pembinaan kekuatan PAS.

Fokus ini ditekankan bukan kerana PAS tidak kuat sekarang ini. PAS diakui kawan dan lawan sebagai sebuah parti Islam yang menjadi teras dan harapan orang-orang Melayu, kuat serta dinamik.

PAS kini, berada di atas landasan yang betul iaitu PAS mesti menyediakan dirinya menjadi pengganti Umno, sebagai tonggak pemerintahan dalam negara.

Sudah lebih 50 tahun Umno menjadi parti teras yang amat berkuasa dalam negara. Namun sejak Pilihan Raya Umum ke-12 2008 yang lalu, dominasi Umno sejak sekian lama sudah dihentikan rakyat.

Walaupun pentadbiran Umno bertukar Presiden, pemerintahan negara bertukar Perdana Menteri, namun sehingga kini, kedudukan Umno yang tercalar teruk masih tidak mampu dipulihkan.

Sebenarnya, Melayu sudah lama menunjukkan sikap menolak Umno. Keputusan Pilihan Raya Umum ke-10 1999 memberi petanda bahawa Melayu sudah semakin menolak Umno.

Trend penolakan terhadap Umno dari kalangan Melayu, kekal pada PRU 2004 dan 2008. Menerusi perbandingan tiga PRU iaitu 1999, 2004 dan 2008

Graf turun naik pengundi Melayu hanya di sekitar 5 peratus sahaja. Ini membawa makna, majoriti Melayu yang mengundi PAS dan pembangkang pada 1999 hingga sekarang, masih kekal dan tidak berubah.

Oleh kerana itu, jikapun diadakan PRU ke-13 dalam waktu yang terdekat ini, harapan Umno untuk mendapat undi lebih dari kalangan Melayu amat terhad dan terbatas. Apatah lagi dengan kepimpinan najib yang merupakan suatu beban yang terlalu besar untuk dipikul oleh UMNO.

Sebab dan punca penolakan orang Melayu terhadap Umno begitu banyak. Hakikat daripada penolakan ini ialah, Umno tidak lagi mendapat kepercayaan orang-orang Melayu untuk menjadi parti yang boleh diharapkan. Umno tidak lagi diterima menjadi parti yang melindungi kepentingan Melayu dan Islam dalam negara. Sila lihat http://umnopembelamelayu.blogspot.com/  dan http://umnodanislam.blogspot.com/

Dalam keadaan politik Malaysia yang disusun sedemikian rupa, maka tidak ada pilihan lain bagi PAS, selain memperkukuhkan kedudukannya di kawasan majoriti Melayu atau 'Malay belt'.

Maka dengan itu, Presiden PAS dalam ucapan dasarnya, mengajak semua NGO Islam yang secara relatifnya dianggotai ramai kalangan orang Melayu, untuk bernaung di bawah PAS.

Hanya PAS yang boleh diharapkan untuk menjaga dan melindungi, bukan sahaja kepentingan Melayu-Islam, malah menjaga kepentingan semua kaum.

NGO harus sedar bahawa Umno tidak punyai masa depan dalam negara. Umno gagal bukan kerana idealismenya tidak baik untuk Melayu dan Islam, tetapi ia gagal kerana ia dianggotai oleh kalangan pemimpin dan ahli yang tidak memahami, serta tidak mengamalkan apa yang diperjuangkannya.

Umno tidak boleh diharap kerana ia ditunjangi oleh pemimpin dan ahli yang berkepentingan, korup dan rosak akhlak.

Dari sudut kepimpinan, amali perjuangan, disiplin dan akhlak, pemimpin PAS jauh mengatasi Umno. PAS berjaya melahirkan kepimpinan yang bersih dan berwibawa.

PAS harus bersyukur kerana sepanjang 20 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, di bawah kepimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, sepenggal di Terengganu, sebelas bulan di Perak dan dua tahun di Kedah, kini, tiada pemimpin PAS yang boleh dipalitkan dengan rasuah atau salahguna kuasa.

Kualiti dan integriti ini harus dikekalkan. PAS tidak boleh menjadi seperti Umno yang penuh terpalit dengan kebusukan. PAS jangan jadi seperti Umno jika berkuasa sepenuhnya kelak.

Jauh di sudut hati kita, harus kita letakkan keyakinan bahawa PAS mampu menggantikan Umno. Jika Umno dan Barisan Nasional tewas pada PRU ke-13 nanti, Umno harus dibubarkan dan disimpan dalam muzium.

Dan jika ketika itu, jika orang-orang Umno mahu melihat Melayu terus kukuh dan menjadi tuan dalam negara, maka mereka tidak ada pilihan lain selain menyertai dan menyokong perjuangan PAS.

No comments:

Post a Comment