| Dzulfikar Mashoor |
| KUALA LUMPUR, 22 Julai: "Kekecewaan orang Melayu terhadap Umno sudahpun diketahui umum, sebab itu perlu ada politik baru di kalangan Melayu yang tidak rela membiarkan kepimpinan ini terus merosakkan bangsa dan negara." Menurut beliau, budaya berpolitik yang diamalkan oleh Umno telahpun tergelincir dari landasan kebudayaan Melayu yang sebenar. Katanya, perbincangan itu sudah tergelincir dari landasan yang sebenar kerana ianya lebih menjurus kepada usaha untuk mempertahankan kepimpinan pemimpin dan parti politik tertentu walaupun mereka itu diketahui umum mengamalkan rasuah, pecah amanah, tidak menghayati keharmonian kaum dan tutup ruang demokrasi. Sedangkan, katanya, kekuatan orang-orang Melayu yang sebenar adalah kembali berpegang teguh pada ajaran Islam. "Kalau nak bincang tentang perpaduan Melayu, mengapa tidak pergi pada kekuatan sebenarnya, iaitu Islam," ujar beliau. |
Thursday, July 22, 2010
uasa politik baru perlu ganti Umno
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment