Thursday, July 22, 2010

PERPADUAN UMNO-PAS BERMAKNA SALAH SATU PARTI TERSEBUT TERPAKSA DIBUBARKAN DAN BIARLAH TAKYAT YANG JADI PENENTUNYA!

Realiti

PAS sebagai sebuah parti politik pembangkang sedang berlawan dengan UMNO sebagai sebuah parti politik pemerintah. Soalnya apakah dua parti ini boleh ‘berdamai;, dan kembali kepada perpaduan umat Islam? Kalau ianya wujud, bermakna salah satu akan dibubar atau digabungkan. Apakah UMNO bersedia membubarkan parti bergabung dengan PAS, kerana PAS tidak akan bersedia membubarkan bagi bergabung dengan UMNO.


UMNO lah seharusnya dibubarkan kerana dasarnya yang bertentangan dengan nilai Islam, kerana bagi PAS kembali kepada kebenaran Islam adalah wajib. Bagi UMNO pula, parti yang kecil (PAS) seharusnya dibubarkan, kerana mengikut kaedah umum yang kecil perlu bergabung dengan yang besar. Tetapi bagi PAS yang tak betul dengan prinsip Islam perlu kembali kepada dasar Islam. Maka hakikatnya tak mungkin kedua parti ini akan melakukan perkara tersebut.

Tambahan pula andaian kalau PAS dan UMNO wujud perpaduan, maka kekuatan orang Melayu akan bertambah. Tinjauan kepada kerusi yang dipertandingkan menunjukkan PAS bertanding di kawasan UMNO hampir keseluruhannya. 
 
Ini bermakna kalau UMNO menang, maka kerusi Melayu menang dan begitu juga kalau PAS menang, kerusi Melayu juga dimenangi oleh orang Melayu. Jadi kekuatan orang Melayu hampir sama sahaja dengan perpaduan atau tidak. Ia tetap berada dalam gengaman orang Melayu Islam.

Maka dari berada dalam genggaman Melayu UMNO yang dipenuhi dengan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, penindasan serta pengkhianatan dalam UMNO, baiklah orang Melayu memberi peluang kepada PAS yang akan melaksanakan dasar Islam secara menyeluruh dan mewujudkan keadilan untuk semua

No comments:

Post a Comment