| Mohd Sabri Said |
| KEPALA BATAS, 23 Julai: PAS mementingkan kebajikan kepada semua rakyat tanpa mengira apa jua latar belakang politik termasuk masyarakat bukan Islam kerana dalam Islam keadilan dan kebajikan merupakan tonggak penting. Justeru itu, Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Rosidi Husein berkata, masyarakat bukan di kalangan ahli PAS usah takut dengan perjuangan PAS sebaliknya bertanya dengan JKKK yang bertindak sebagai mata dan telinga Kerajaan Pakatan Rakyat yang senantiasa mengutamakan kebajikan rakyat, selari dengan konsep 'Kerajaan Berjiwa Rakyat'. Mengenai manifesto pilihanraya 'Negara Berkebajikan' beliau menambah, hasrat PAS untuk memerintah supaya rakyat hidup dalam keadaan sejahtera dan tidak tertekan. "Negara Berkebajikan boleh membawa rakyat ke satu tahap perubahan jauh daripada penyelewengan, rasuah, penipuan dan sebagainya, berbanding kerajaan sekarang ini penuh dengan gejala yang merosakkan negara serta generasi pewaris," tegasnya. Walaupun hanya ada satu kerusi di Dun Pulau Pinang, katanya PAS sentiasa mendapat pujian sejak ia diwakili oleh Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada tahun 1999 lagi kerana sering membantu masyarakat walaupun pada suatu ketika PAS tidak berada dalam kerajaan seperti hari ini. |
Thursday, July 22, 2010
PAS utama kebajikan rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment