| Dzulfikar Mashoor |
KUALA LUMPUR, 22 Julai: PAS sewajarnya fokus pada usaha mewujudkan sistem dua parti, bukannya ghairah menyambut rancangan 'kerjasama Umno-PAS' yang dipopularkan semula oleh beberapa pemimpin Umno, kata penganalisis politik, Prof Dr. Abdul Aziz Bari (gambar). "PAS perlu fokus dalam mewujudkan sebuah sistem dua parti yang akan membantu memperkasa rakyat di negara, PAS akan dikutuk oleh rakyat jika termakan dengan gula-gula Umno. "PAS akan dijangkiti Aids yang Umno hidapi sekarang," ujarnya sebagaimana dipetik dari email beliau kepada Harakahdaily. Beliau yang juga pakar perlembangan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, rancangan tersebut yang kononnya untuk perpaduan Melayu itu wajar dipertikai. "Persetan perpaduan Melayu kerana dalam Umno sendiri berpecah, elok Umno masuk PAS atau PKR," tegasnya. Difahamkan, rancangan Umno tersebut mungkin setelah melihat minat masyarakat Melayu umumnya dah muak dan tidak mahu bersama UMNO, semakin hari semakin ramai yang lari meninggalkan UMNO. Begitu juga masyarakat bukan Melayu pun semakin berminat menyokong PAS dan Pakatan Rakyat, sebagaimana pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dua tahun lalu. Ekoran itu, beliau berkata, sekiranya rancangan perpaduan melayu tersebut berjaya dilakukan, maka ianya bakal mengukuhkan sokongan Melayu pada Umno/BN, bukannya lagi kepada Pakatan Rakyat. Sekiranya perkara itu berlaku, maka pastinya rakyat umum akan menolak PAS di mana sahaja termasuk Kelantan (yang menjadi kubu kuat PAS selama ini), pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti sekiranya pemimpin PAS bersetuju untuk mengadakan 'pelan damai Umno-PAS' yang kononnya demi kepentingan Melayu. Ini kerana, menurut beliau, kemenangan PAS serta Pakatan Rakyat di peringkat nasional dan beberapa negeri umumnya adalah hasil sokongan penyokong tegar PAS yang sememangnya tidak akan menerima perpaduan dengan UMNo serta sokongan masyarakat bukan Melayu. "Yang teringin nak bekerja dengan Umno, mungkin terlupa mengenai kemungkinan negeri-negeri Pakatan, termasuk Kedah dan Kelantan, akan dimenagi oleh PKR kerana kemarahan penyokong-penyokong tegar PAS dan juga kemarahan orang-orang bukan Melayu kepada PAS sekiranya kepercayaan mereka kepada PAS itu dikhianati, oleh itu pemimpin-pemimpin PAS perlu ingat akan kemungkinan yang akan berlaku itu," jelas beliau sambil menasihatkan PAS supaya kembali melihat pada lanskap 'politik baru' PRU12 lalu. Dari segi yang lain, beliau berkata, imej PAS bakal tercemar pada pandang an rakyat dan parti-parti komponen Pakatan Rakyat sekiranya PAS terperangkap oleh rancangan terbaru Umno itu. "PAS akan tersungkur serta dikenang sebagai tidak setia dan menikam kawan-kawan dari belakang oleh rakan-rakan dalam Pakatan. "Imej jangka panjang ini perlu PAS ingati, selain pengalaman dalam BN pada 1972 hingga 1977 lalu, landskap politik baru itu akan menelan PAS," tegas beliau. Beliau turut menyuarakan rasa yakin bahawa rakyat tetap melakukan perubahan pada pilihan raya umum yang dijangka berlangsung tidak lama lagi walaupun PAS masih berminat dengan rancangan tersebut. "PRU 13 cerah tetapi kalau PAS masuk perangkap Umno, ia akan bungkus dan Umno akan hidup. Umno perlukan talian hayat," ujarnya lagi. |
Thursday, July 22, 2010
PAS AKAN MENJADI PARTI LEMAH DAN AKAN KEHILANGAN PENYOKONGNYA JIKA BERSETUJU DENGAN PELAN PERPADUAN YANG DUCADANGKAN UMNO
Tolak isu perpaduan, fokus 'sistem dua parti'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment