Thursday, July 22, 2010

Adakah PAS Dilihat Jahat Jika Menolak Tawaran Perpaduan Islam UMNO?


Salam Hormat,

Entri kali ini dimulakan dengan petikan kata-kata kepimpinan PAS dalam isu pembentukkan perpaduan di antara PAS dan UMNO.


Apa kata Ketua Dewan Pemuda PAS;

"Maka, apalah salahnya jika kini UMNO pula mengambil giliran dan langkah serupa seperti dulunya PAS pernah menyertai Perikatan demi penyatuan melayu Islam di era Tun Abdul Razak [ Lagi pun pemimpin UMNO kini yang beria - ia benar mahukan penyatuan ] .

"Kini di era YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pulalah menghulur tangan, sanggup dan sedia bersama PAS menyertai Pakatan Rakyat memperjuangkan Islam dan bangsa melayu Islam agar kita dapat membina sebuah negara yang aman, makmur, sejahtera, adil, telus, saksama tanpa sebarang pertelagahan atau persengketaan yang merugikan ummat Islam dan bangsa Melayu itu sendiri.


Apa kata 3 Naib Presiden PAS;

Mahfuz Omar Berkata;

“Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan meminta 'oksigen' dari PAS,”. Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat perunding APCO Worldwide yang merupakan proksi kepada gerakan zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN). “Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin,”


Salahuddin Ayub Berkata;

Jika benar Umno mahukan perpaduan, Umno perlu menyertai Pakatan Rakyat bersama PAS, PKR dan DAP.


Tuan Ibrahim Tuan Man Berkata;

PAS menyatakan dengan tegas kita perlu bersatu di atas landasan yang digariskan oleh Allah; “Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”. Lantaran itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah!

PAS tidak akan merelai perpaduan bagi mendokong tindakan yang bertentangan dengan Islam yang ditaja oleh UMNO. Mereka sanggup menghalalkan perjudian di atas nama kebajikan dan sukan walhal dengan jelas Islam menyatakan judi itu haram!

 
Apa kata Timbalan Presiden PAS;
 
PAS masih lagi berpegang dengan ketetapan yang telah dibuat dalam muktamat-muktamar yang lalu. PAS akan terus memfokuskan kepada gerak kerja mendepani pilihan raya umum k-13 untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.
 
Saya juga menyeru kepada seluruh pimpinan dan ahli agar dapat melipatgandakan usaha untuk memantapkan organisasi, terutama di peringkat cawangan dan kawasan serta menambah keahlian baru PAS semaksima mungkin.
 
 
Apa kata Presiden PAS ;
 
(Maaf, ikhlasnya saya katakan, tiada lagi komen dari TG Presiden setakat ini, dan ia bukanlah satu kesalahan kerana timb. presiden dan naib-naib presidennya telah memberi komen serta penegasan. Namun saya percaya pendirian TG Presiden adalah senada)
 
 
Apa kata Mursyidul Am PAS;
 
PERGI JAHANAM DENGAN UMNO !!!
 
 
Oleh demikian, saya memohon kepada semua pucuk pimpinan UMNO supaya berfikir dengan akal yang dikurniakan oleh Allah, bahawasanya, pinangan UMNO terhadap PAS adalah ditolak tanpa syarat dan tanpa bicara, kerana tindak-tanduk dan kebejatan melampau UMNO itu sendiri telah menjadi faktor betapa PAS dan UMNO tidak mungkin bersatu buat ketika ini. 
 
Sepertimana yang dilafazkan oleh Puteri Gunung Ledang terhadap Sultan Melaka berkenaan terjemahan-terjemahan yang berupa permintaan itu, adalah sebenarnya satu penolakkan.
 
Kepada rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang di ambang perubahan, sedarlah bahawa permainan propaganda UMNO ini sebenarnya satu perangkap yang menang-menang bagi UMNO. Ini kerana apabila PAS menolak kerjasama politik demi perpaduan melayu dan Islam, maka PAS akan dilihat jahat kerana membelakangkan perpaduan yang dituntut. Akhirnya tiba satu perenggan yang membunuh segala prasangka, hadir dari Tuan Ibrahim Tuan Man yang berbunyi - PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah!
 
Persoalan di sini ialah, adakah PAS akan dilihat jahat kerana menolak pelawaan UMNO? Adakah PAS akan dipandang serong sekiranya tidak menerima tawaran perpaduan melayu dan Islam ini ?
 
Sedarlah saudara dan saudari sekalian. PAS bukan berdepan dengan tawaran perpaduan sesama Islam, PAS juga bukan berdepan dengan tawaran perpaduan walau sesama melayu sekalipun. PAS sebenarnya berdepan sebuah tawaran perpaduan dari sebuah gerombolan pengkhianat bangsa!
 
PAS berhadapan dengan tawaran perpaduan dengan gerombolan yang tidak bertanggungjawab terhadap peristiwa Memali, mengamalkan Akta zalim ISA, merancang kudeta rampasan kuasa di Perak, menafikan hak royalti Terengganu dan Kelantan ketika PAS berhak ke atasnya, dan yang paling menyedihkan, PAS berhadapan tawaran perpaduan oleh pihak yang mengfitnah PAS sebagai parti ajaran sesat. 
 
Oleh demikian, di atas kelaku gerombolan terdesak seperti di atas, wajarkah PAS dipandang serong sekiranya menolak tawaran perpaduan? Saya yakin, sesiapa sahaja tidak akan dipandang serong sekiranya menolak untuk berpakat serta bersubahat dengan perompak. Inikan pula menolak lamaran penggadai maruah agama dan bangsa. Seperti itu jugalah Puteri Gunung Ledang menolak lamaran seorang sultan yang zalim.
 
Perlu diingat, penyatuan PAS dan UMNO merupakan jalan terakhir bagi menyelamatkan sebuah empayar yang berdiri di atas keringat rakyat. UMNO tidak akan membiarkan harta yang disiap-sediakan untuk tujuh keturunan mereka dirampas oleh kuasa rakyat setelah berdepan kekalahan pertama kerajaan pusat pada PRU yang semakin hampir. Walaubagaimanapun, kita harus bersyukur kerana kesepakatan kepimpinan PAS hari ini telah melemahkan peluang talian hayat terakhir UMNO.
 
Hari ini, minggu ini, telah dibuktikan bahawa UMNO itu benar-benar semakin lemah dari pelbagai aspek. Pertelingkahan antara mereka ada di mana-mana, Mesyuarat cawangan dan bahagian lemau tidak bermaya, yang bertumbuk juga ada. Malah, isu pasir yang mereka tembak ke arah Kerajaan Selangor juga telah menyebabkan pergaduhan sesama mereka, serta menerbitkan 'overkill' yang memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.
 
Dikesempatan ini, saya menyeru kepada semua kepimpinan Pakatan Rakyat agar bertindak bijak, sepertimana yang berlaku hari ini, minggu ini.
 
Salam Perjuangan, Salam Reformasi, Salam Revolusi 308
 
Saya akhiri dengan sebuah slogan yang telah dimodifikasi ;
 
1Perjuangan - Islam didahulukan, Kebajikan diutamakan !

Larangan Allah duduk bersama orang jahat - Surah al-An'am ayat 68-69

ALLAH berfirman yang bermaksud,“Dan jika engkau dilupakan oleh syaitan.” (Surah al-AnĂ­am: 68) Ertinya jika syaitan menyebabkan kamu lupa untuk menghindarkan diri daripada majlis seumpama itu, kamu dimaafkan kerana sebab lupa. Bagaimanapun Allah berfirman yang bermaksud, “Maka jangan kamu duduk selepas ingat semula bersama kaum yang zalim itu.” (Surah al- An’am: 68)

Selepas kamu ingat akan amaran Allah, maka berkewajipan kepada kamu menghindarkan diri daripada majlis tersebut melainkan mereka tidak lagi bercakap menghina Islam, menghina hukum Allah SWT dan menghina Nabi s.a.w.

Ayat ini mengajar kita umat Islam, menjadi manusia mulia dan sukakan perkara yang mulia. Ia juga termasuk dalam perkara dakwah dan perjuangan.

Bukan sahaja mengajar umat Islam cintakan kemuliaan tetapi mengajar manusia sedar, bahawa orang yangmenghina Islam dan Nabinya s.a.w. adalah manusia yang jahat atau zalim bahkan kufur terhadap Allah SWT

Kemuliaan seseorang terjadi dengan Islam dan iman kepada Allah SWT, satusatunya Tuhan yang sebenar, tidak ada sekutu bagi-Nya.

Walaupun ada manusia menghina ayat-ayat Allah, perjuangan untuk menyampaikannya tetap diteruskan. Sama ada ada atau tidak orang menghina Islam, perjuangan untuk menyampaikan Islam wajib diteruskan di samping menjaga adab-adab pergaulan dengan manusia pelbagai ragam dan majlis mereka yang pelbagai jenis.

Oleh kerana itu Imam Hassan Al-Banna pernah pergi ke kelab malam bertujuan untuk menyampaikan dakwah Islam kepada penghuninya. Ertinya menghadiri kelab seumpama itu untuk tujuan menyampaikan dakwah Islam, suatu yang dipandang mulia dan diizinkan oleh syarak.

Justeru Islam menetapkan cara bersosial yang selamat daripada fitnah, memberi dukungan kepada kebaikan dan menghapuskan majlis mungkar apabila diberi kuasa memerintah. Inilah sikap kita para pejuang Islam di sepanjang zaman.

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud, “Dan tidaklah ada tanggungjawab sedikit pun atas orang-orang yang bertakwa mengenai dosa orang-orang (kafir yang mengejek-ngejek) itu. Akan tetapi (kewajipan orang-orang Islam) ialah mengingatkan (larangan Allah itu), supaya mereka bertakwa.” (Surah al-An’am: 69)

Berkata Ibnu Abbas r.a. apabila datang larangan Allah supaya tidak duduk bersama majlis kaum musyrikin dan perintah supaya tinggalkan majlis mereka, maka berkata, orang-orang Islam pada zaman Nabi s.a.w.: “Tidak mungkin kami boleh memasuki masjid dan tawaf di sekeliling Kaabah.”

Maka Allah menurunkan ayat yang bermaksud, “Akan tetapi kewajipan orangorang Islam mengingatkan larangan Allah itu.” (Surah al-An’am: 69) Ertinya jika kamu duduk bersama mereka, kamu hendaklah memberi peringatan tentang amaran Allah tersebut, supaya mereka jangan menghina Islam atau mengejek-ngejek ayat-ayat Allah di dalam al-Quran.

Ertinya jika kamu duduk bersama mereka, kamu hendaklah memberi peringatan tentang amaran Allah tersebut, supaya mereka jangan menghina Islam atau mengejek-ngejek ayat-ayat Allah di dalam al-Quran.

Al-Qurtubi menyebut di dalam tafsirnya bahawa ayat ini dikatakan telah dinasakhkan dengan firman Allah yang bermaksud, “Dan sesungguhnya Allah telah pun menurunkan kepada kamu (perintahnya) di dalam kitab (al- Quran), iaitu apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan kaum munafik) maka janganlah kamu duduk (bergaul) bersama-sama mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka.

“Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahanam.” (Surah al-Nisa’: 140) Dalam sejarah Islam, Allah SWT telah memberi keringanan kepada umat Islam untuk bergaul dengan golongan musyrikin Makkah sebelum pembukaan kota suci tersebut sebagai “taqiyyah” (takut menzahirkan Islam dalam keadaan tertentu).

PERPADUAN UMNO-PAS BERMAKNA SALAH SATU PARTI TERSEBUT TERPAKSA DIBUBARKAN DAN BIARLAH TAKYAT YANG JADI PENENTUNYA!

Realiti

PAS sebagai sebuah parti politik pembangkang sedang berlawan dengan UMNO sebagai sebuah parti politik pemerintah. Soalnya apakah dua parti ini boleh ‘berdamai;, dan kembali kepada perpaduan umat Islam? Kalau ianya wujud, bermakna salah satu akan dibubar atau digabungkan. Apakah UMNO bersedia membubarkan parti bergabung dengan PAS, kerana PAS tidak akan bersedia membubarkan bagi bergabung dengan UMNO.


UMNO lah seharusnya dibubarkan kerana dasarnya yang bertentangan dengan nilai Islam, kerana bagi PAS kembali kepada kebenaran Islam adalah wajib. Bagi UMNO pula, parti yang kecil (PAS) seharusnya dibubarkan, kerana mengikut kaedah umum yang kecil perlu bergabung dengan yang besar. Tetapi bagi PAS yang tak betul dengan prinsip Islam perlu kembali kepada dasar Islam. Maka hakikatnya tak mungkin kedua parti ini akan melakukan perkara tersebut.

Tambahan pula andaian kalau PAS dan UMNO wujud perpaduan, maka kekuatan orang Melayu akan bertambah. Tinjauan kepada kerusi yang dipertandingkan menunjukkan PAS bertanding di kawasan UMNO hampir keseluruhannya. 
 
Ini bermakna kalau UMNO menang, maka kerusi Melayu menang dan begitu juga kalau PAS menang, kerusi Melayu juga dimenangi oleh orang Melayu. Jadi kekuatan orang Melayu hampir sama sahaja dengan perpaduan atau tidak. Ia tetap berada dalam gengaman orang Melayu Islam.

Maka dari berada dalam genggaman Melayu UMNO yang dipenuhi dengan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, penindasan serta pengkhianatan dalam UMNO, baiklah orang Melayu memberi peluang kepada PAS yang akan melaksanakan dasar Islam secara menyeluruh dan mewujudkan keadilan untuk semua
uasa politik baru perlu ganti Umno
Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 22 Julai: "Kekecewaan orang Melayu terhadap Umno sudahpun diketahui umum, sebab itu perlu ada politik baru di kalangan Melayu yang tidak rela membiarkan kepimpinan ini terus merosakkan bangsa dan negara."
Demikian maklum balas Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) petang tadi, mengulas rancangan 'Perpaduan Melayu' yang dipopularkan oleh beberapa pemimpin Umno belakangan ini.

Menurut beliau, budaya berpolitik yang diamalkan oleh Umno telahpun tergelincir dari landasan kebudayaan Melayu yang sebenar.



Katanya, perbincangan itu sudah tergelincir dari landasan yang sebenar kerana ianya lebih menjurus kepada usaha untuk mempertahankan kepimpinan pemimpin dan parti politik tertentu walaupun mereka itu diketahui umum mengamalkan rasuah, pecah amanah, tidak menghayati keharmonian kaum dan tutup ruang demokrasi.

Sedangkan, katanya, kekuatan orang-orang Melayu yang sebenar adalah kembali berpegang teguh pada ajaran Islam.

"Kalau nak bincang tentang perpaduan Melayu, mengapa tidak pergi pada kekuatan sebenarnya, iaitu Islam," ujar beliau.
PAS utama kebajikan rakyat
Mohd Sabri Said   
KEPALA BATAS, 23 Julai: PAS mementingkan kebajikan kepada semua rakyat tanpa mengira apa jua latar belakang politik termasuk masyarakat bukan Islam kerana dalam Islam keadilan dan kebajikan merupakan tonggak penting.


Justeru itu, Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Rosidi Husein berkata, masyarakat bukan di kalangan ahli PAS usah takut dengan perjuangan PAS sebaliknya bertanya dengan JKKK yang bertindak sebagai mata dan telinga Kerajaan Pakatan Rakyat yang senantiasa mengutamakan kebajikan rakyat, selari dengan konsep 'Kerajaan Berjiwa Rakyat'.





Mengenai manifesto pilihanraya 'Negara Berkebajikan' beliau menambah, hasrat PAS untuk memerintah supaya rakyat hidup dalam keadaan sejahtera dan tidak tertekan.

"Negara Berkebajikan boleh membawa rakyat ke satu tahap perubahan jauh daripada penyelewengan, rasuah, penipuan dan sebagainya, berbanding kerajaan sekarang ini penuh dengan gejala yang merosakkan negara serta generasi pewaris," tegasnya.

Walaupun hanya ada satu kerusi di Dun Pulau Pinang, katanya PAS sentiasa mendapat pujian sejak ia diwakili oleh Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada tahun 1999 lagi kerana sering membantu masyarakat walaupun pada suatu ketika PAS tidak berada dalam kerajaan seperti hari ini.

PERLUKAH KERJASAMA POLITIK UMNO-PAS?


Saya cukup tertarik dengan usaha tidak pernah putus asa dan jemu, Tan Sri Harusani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak yang begitu bersungguh-sungguh berusaha untuk mempertemukan dan berusaha menggabungkan kerjasama politik Umno dan PAS sekali lagi kerana bimbang orang Melayu akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika Umno dan PAS terus berdegil untuk tidak bersatu.

Sebagaimana semua sedia maklum, sejak tamatnya pilihanraya umum ke-12 April 2009 ekoran keputusan rakyat Perak  menolak kerajaan Umno/BN beliau berusaha mengekalkan kerajaan Umno/BN di Perak.  Usaha beliau tidak berjaya kerana PAS mesti menunaikan janji  politik dengan sekutu mereka (PKR dan DAP) bagi membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat Perak yang akhirnya, Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Besar.

Tetapi kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak dapat bertahan, belum pun berusia setahun pun ianya berjaya ditumbangkan dengan mudah oleh Umno dan Barisan Nasional, disebabkan kurang pengalaman politik dalam menerajui kerajaan yang dibentuk dengan majoriti tipis sebanyak 3 kerusi sahaja. Dengan menggunakan strategi Adun lompat parti bila mana 2 Adun PKR (Jamaluddin Mohd Radzi – Behrang dan Osman Jailu – Changkat Jering) dan 1 Adun DAP (Hee Yit Foong – Jelapang).

Sejak Umno merampas balik kerajaan Perak secara tidak demokratik melalui persidangan Dun atau pilihan raya, Mufti Perak Tan Sri Harusani tidak dilihat berusaha untuk mendekatkan PAS dengan Umno untuk sekian lama. Cuma bila pemimpin-pemimpin  utama Umno menyuarakan hasrat bekerjasama dengan PAS baru-baru ini, Tan Sri Harussani menawarkan diri untuk menjadi “orang tengah”.

Sejarah cubaan kearah kerjasama antara dua parti ini sudah lama wujud. Ianya bermula selepas Umno dan Perikatan kalah teruk dalam pilihanraya umum 1969 dan kemudian berlakunya Tragedi 13 Mei 1969.  
Kesan daripada tragedi 13 Mei tersebut akhirnya PAS bersetuju menerima pelawaan Umno membentuk kerajaan campuran PAS-Perikatan (Umno-MCA-MIC) sebelum membentuk kerjasama yang kuat sehingga tertubuhnya satu kerjasama politik yang baru di bawah pembentukan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1973.

Disebabkan untuk mengelakkan pertembungan politik yang keterlaluan, Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan Presiden Umno ketika itu menghulurkan “salam persahabatan” kepada PAS. 

Mengikut cerita Tan Sri Abdullah Ahmad, dalam kolumnya disebuah akhbar harian berbahasa Melayu, beliau menjadi utusan atau “perantara” Tun Razak terhadap Datuk Asri yang ketika itu adalah Menteri Besar Kelantan dan Yang Dipertua PAS Pusat.

Namun, langit juga tidak selalunya cerah, mendung hadir secara tiba-tiba, hujan pun turun bersertakan guruh dan kilat sabung menyabung, akhirnya PAS di tendang keluar oleh Umno-BN pada tahun 1978 bila Umno beralih tangan kepada Tun Hussein Onn. Sebagaimana bapanya, Datuk Hishammuddin yang sekarang ini menjadi Naib Presiden Umno tidak menunjukkan minat yang bersungguh menjayakan kerjasama politik Umno-PAS ini.

Begitu juga dengan apa yang cuba dilakukan oleh anak Tun Abdul Razak, Datuk Seri Najib yang menjadi Perdana Menteri sekarang ini tidak mengikut strategi yang dilakukan oleh bapanya sebelum ini. Tak perlu bagi beliau menyebut, Umno bukan lemah untuk bersatu dengan PAS kerana menampakkan keegoan Umno dalam menyatupadukan orang Melayu dan Islam sekarang ini.

Sekiranya ada kesungguhan di kalangan pimpinan tertinggi Umno untuk bekerjasama dengan PAS demi kepentingan Melayu/Islam, mereka boleh mulakan kerjasama ini di peringkat kerajaan dengan kerajaan (G to G) dahulu sebagaimana yang dilakukan oleh Tun Abdul Razak dahulu.

Sama ada akan berlaku kerjasama politik atau tidak, biarlah keadaan dan masa yang akan tentukan. Sejarah semasa bergabung dengan Umno dahulu masih segar dalam lipatan ingatan dan agak sukar untuk dilunturkan. Selain itu, kenyataan Mursyidul Am PAS bahawa Umno menolak Islam juga menjadi punca parti itu menolak usaha untuk bekerjasama bergabung. Jika dilihat kepada kenyataan tersebut, ternyata ianya mempamerkan fahaman berbeza kedua-dua parti politik mengenai Islam.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempelawa orang tengah dalam menjayakan kerjasama Umno-PAS sebagai sia-sia. Dalam keadaan sekarang,  Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri perlu  mengambil inisiatif bertemu dengan Menteri Besar Kelantan dan Menteri Besar Kedah bagi mengadakan kerjasama di peringkat kerajaan.
PAS mengingatkan kepada semua pimpinan dan ahli PAS di semua peringkat jangan terpedaya dengan taktik media Umno untuk menenggelamkan isu negara yang bertimbun-timbun sekarang yang menggambarkan kerajaan yang ditunjangi Umno di negara ini semakin rapuh dan reput.

Ketika gelombang krisis keyakinan kepada Umno dan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang karam, maka perpaduan Melayu dijadikan sebagai benteng untuk menutup bangkai gajah yang terlalu besar. Slogan 1Malaysia nampak tidak menjadi dengan gelagat Perkasa dan kenyataan Datuk Nasir Safar.

PAS menyedari ini adalah sebahagian daripada taktik media untuk mengalih isu yang sebenar dan melupakan isu pokok yang mencengkam rakyat. Mereka melontarkan isu ini melalui proksi mereka Tan Sri Harussani yang hendak menjadi perantara, untuk menunjukkan bahawa mufti yang mencadangkan perpaduan ini, apabila PAS menolak maka ada peluang untuk menuduh PAS sombong dan angkuh.

Perlu diingat bahawa isu perpaduan Melayu diuar-uarkan ketika rakyat didahulukan dengan kenaikan harga minyak dan kenaikan harga gula pada 16 Julai.

Pemimpin Umno hendak rakyat leka dan berbincang mengenai isu perpaduan Melayu, yang tidak pernah berbangkit langsung dalam mesyuarat tertinggi PAS.

Hajat mereka supaya rakyat tidak marah mengenai kenaikan harga minyak dan gula. Perlu dingatkan bahawa gula, tepung dan minyak akan dinaikkan secara berperingkat-peringkat ke arah untuk menghapuskan subsidi di negara ini dalam masa 3 hingga 5 tahun.

PAS hendak mengingatkan kepada rakyat, bagaimana media diarahkan supaya jangan sama sekali meletakkan tajuk berita “harga barang naik”, ketika ditaklimat pada 15 Julai 2010. Sebaliknya media perlu meletakkan “subsidi dikurangkan”, “rasionalisasi”, menstrukturkan semula supaya rakyat yang tidak faham dan ada yang faham harga barang turun.

Maka tidak hairanlah kepada kita pada hari ini media proksi Umno memainkan isu perpaduan supaya rakyat lupa isu negara yang begitu banyak dan kenaikan harga barang.

PAS hendak memaklumkan kepada semua ahli dan pimpinan PAS supaya fokuskan kerja kita untuk menggantikan Umno di negara ini. Penerangan dan dakwah kepada ahli Umno yang tidak faham perjuangaan PAS perlu dilakukan secara berterusan, usahkan dilayan segala ajakan dan pujuk rayu Umno untuk melamar PAS, kita biarkan cinta Umno tidak berbalas dan biarkan Umno “angau” seorang diri.

Petunjuk ekonomi negara semakin tertekan dengan kadar faedah pinjaman bank dinaikkan. Bank Negara Malaysia pada 8 Julai lalu menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi kali ketiga tahun ini kepada 2.75 peratus.

Susulan itu, bank turut menaikkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) masing-masing. Maybank menaikkan BLRnya sebanyak 0.25 peratus kepada 6.30 peratus. Semuanya gara-gara pemimpin negara yang boros dan rasuah sehingga amat dirasai oleh rakyat biasa di negara ini.

Begitu banyak isu-isu negara yang menggambarkan Umno sudah tidak mampu mengemudi negara, antaranya peruntukan saham Bumiputera lesap sebanyak RM52 bilion, jenayah meningkat, anak luar nikah Melayu sahaja 17,303 orang (2009), injin kapal terbang hilang, kapal selam berharga RM1.7 bilion tidak boleh menyelam, hutang negara RM362.4 bilion, serah telaga minyak blok L dan M pada Brunei yang bernilai RM320 bilion (kalau perbelanjaan negeri Kedah RM400 juta, dapat belanja selama 700 tahun), terlepas Pulau Batu Putih kepada Singapura, Pos Malaysia rugi RM227 juta, 217 hektar tanah serah kepada Singapura, serah 50 peratus kepada Singapura untuk membangun Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), wang Felda susut daripada RM4.08 bilion 2004 hanya tinggal RM1.35 bilion pada tahun 2009, membazir wang rakyat RM77 juta kepada APCO Israel setahun untuk menjadi penasihat komunikasi.

Isu-isu inilah yang perlu disampaikan kepada rakyat, maka jangan kita hiraukan pujukan Umno melalui proksinya, PAS sudah tegas dengan Pakatan Rakyat. PAS tidak akan mencari nahas untuk untuk mencari pasangan hidup dengan orang yang ada masalah kesihatan yang sukar hendak diubat.